Saturday, November 08, 2008

Review Kisah Gadis


Alhamdulillah. Received good reviews. Thank you all! And Keep it up!

Burger


Opsyen pertama.

Letak tray atas meja. Bukak balutan burger. ANgkat roti atas burger. Tengok sos cukup ke tidak. Ambik sos cili. Pastikan sos cili ke tomato. Tengok nak koyak sos kat mana. Koyak sos. 

Picit sos atas daging. Ke..nak letak atas roti? 

Ah..mana manalah.

Pegang burger dengan dua tangan. Ke.. dengan satu tangan dah cukop?. 

Ah.. apa apa je lah. 

Tilt burger 45 darjah dari garisan horizontal lantai atau meja untuk angle mudah masuk mulut. Siku pastikan belok untuk memastikan keanjalan pergerakan. 

Gerakkan burger ke arah mulut, jangan kalut. Dengan perjalanan satu garisan lurus, pastikan terus. 

Pastikan mulut terbuka dengan keluasan yang sepatutnya. 

Masukkan kedalam mulut, jangan kalut. Jaga, jangan terlalu dalam, terus tenggelam

Mengikut gerak hati dan citarasa, atau, rasa nak beradab yang macamana. 

Kalau beradab, 2 cm cukup. Kalau rasa tak da sebab, satu burger terus cekup.

Lebihan burger, letak balik ke ats meja. 

Ulang sampai burger itu habis.


Opsyen kedua
..
Apa kata kita makan jek. 

Bila pikir ni, benda mudah jadi susah.

Benda satu pun jadi seribu.



..

Mari baca manuskrip untuk gesek biola

Aku tanya, kenapa nak baca manuskrip ni susah sangat? 

Tauge tauge ni dah main banyak kali. Dari mukasurat ke mata, lepas tu ke otak. Kemudian baru tangan menggesek. 

Rasa macam perjalanan tu ...

...jauh

Cikgu aku cakap, senang saja, musik itu untuk didengar, bukan untuk dibaca.

Setiap bar ada cerita. Ada bentuk. Ada rupa. Ada improvisasi. Samada kita 'dengar' atau tidak, itu bezanya.

Aku main semula. Tauge yang mudah pun, rasa macam main dalam orkestra. 

D, E, F#, dan G

Sangat seronok.

Aku rasa banyak benda lain yang sama. Bukan setakat menggesek biola.

Sayang

Tak payah nak cakap aku sayang kamu
Tak payah nak dengar kata aku sayang dia

Hari hari terus berlari
Esok lusa terus berusaha

Kalau sayang..buat
Kalau cinta.. panjat

Fikiran itu perlu

Tapi jangan fikir sangat
Yang panas boleh hangat

Dari Papa pada yang papa (kedana)
Itu pesan Papa

Any Given Sunday.



Living is about that 6 inches in front of you.

Monday, September 29, 2008

Kisah Gadis on NST

Kisah gadis on NST Sunday Times

Career Indicator

Jung Career Indicator says that I am compatible with 
a) Social Service : Early childhood education, Religious Education, Counseling
b) Art/Design : Design Graphic, Industrial, Interior, Musician, Fashion Designer
c) CUstomer Service : Customer service Specialist
d) Health Care : Radiologic Technician, Nursing, Medical Records Administration

Surprises me that 2 of its recommendation hits what i am doing now. hehe.. Maybe i should go for SOcial Service next.. haha!

Monday, September 15, 2008

Kisah Gadis : Gadis Jalan Burmah Synopsis

WAKE UP and SMELL the COFFEE - Gadis Jalan Burmah

Directed by / Diarahkan oleh Megat Sharizal
Performed by / Dilakonkan oleh Sherry Abdullah
Written by / Ditulis oleh Shahredza Minhat (Bahasa Malaysia & English)

The world keeps telling her that she is running out of time but 42-year-old Kartini Shuib thinks otherwise.

On her birthday, while trying to bake her own birthday cake, she contemplates whether or not to go out with an insurance salesman Kassim Rahman, upon the suggestion of her mother. But then, memories of a Chinese pilot, a Doktor Haiwan from UPM, an American expat and her Mak Long Piah return to haunt her. What does it all mean? Or does it mean nothing and that the world is actually right – that she is running out of time?

+++

Semua orang cakap Kartini Shuib dah 'takdak' time! Tapi Kartini Shuib, tak pernah peduli pun. Sampailah ke harijadinya yang ke - 42, beliau telah didesak oleh ibunya untuk keluar berpacaran dengan Kassim Rahman, seorang jurujual insurans. Fikirannya mula bercelaru, apa lagi, beliau terus dengan gigih cuba membuat kek harijadi 'special' untuk menenangkan jiwanya. Namun, benaknya yang serabut itu kemudian didatangi memori-memori lama, seorang juruterbang berbangsa Cina, seorang doktor haiwan lulusan UPM, seorang ekspatriat dari Amerika, Mak Long Piah dan geng antara lain, yang kesemuanya kembali menghantui. Siapa hantui siapa sebenarnya? Apa maksud kedatangan mereka? Atau sememangnya semua tidak membawa sebarang maksud.

Atau mungkin betul apa semua orang cakap - memang Kartini Shuib sudah 'takdak' time!

Kisah Gadis : Mangli Synopsis

SYNOPSIS / SINOPSIS

TOAST! – Mangli

Directed by / Diarahkan oleh Megat Sharizal
Performed by / Dilakonkan oleh Ashraf Zain & Tuan Faisal
Written by / Ditulis oleh Adiwijaya (Bahasa Malaysia)

How do you give life to someone who's already dead? At a bus stop, Idayu Sa'ayah meets her old friend from matriculation college, Aris Mat Tam, after years without news. A series of events forces them to be in each other's company long after the conversation veered from being pleasant. Idayu begins to discover a very different Aris from the college classmate she once knew. Eventually she finds herself struggling to save someone on the verge of psychological suicide.

+++

Dua orang sahabat kolej matrikulasi, Idayu dan Aris, bertemu di sebuah stesen bas setelah bertahun-tahun tidak mendengar khabar, apatah lagi berjumpa. Sungguhpun pada mulanya mesra, keadaan berubah apabila kedua-duanya terkandas di stesen tersebut bersama-sama. Idayu mendapati Aris bukanlah seperti rakan akrab yang dikenalinya dahulu. Lelaki bertubuh cekung dan berwajah kusam ini jauh berbeza daripada Aris yang gantang, ceria dan cukup optimis di kolej. Masa singkat yang ada memaksa Idayu berusaha mencari semula kawannya disebalik lembaga yang mangli dan mati di yang terpacak di depannya.