Wednesday, March 29, 2006

'Ayah'

Hj Yusoff Mat Adam,
Atukku,
Di Kelantan,

Jumpa setahun sekali,
Masa balik, mukanya berseri,
kadang kami terkejut geli,
tengok atuk tak pakai gigi,

Kalau time sakit,
Walaupon tak berapa kronik,
Mesti semua orang menjerit,
"Faisal, gi pujuk Ayah tu, gi klinik!"

Hanya aku sorang yang boleh suruh,
Hanya aku yang boleh duduk melayan,
Kalau org lain suruh,
Ayah akan bolayan,

Tiap-tiap kali bertolak pulang,
Atuk akan menangis,
Cucu Lelaki sulungla katakan,
Dengan aku tak pernah miss,

Pesannya pada aku,
"Kalau kita ingat tuhan, tuhan akan ingatkan kita balik",
Simple bukan? tak perlu tunggang terbalik,

Harapannya besar,
"Ayah nak tengok faisal belajar sampai universiti"
....Aku buat
"Ayah nak tengok faisal kerja"
....Aku hampir buat
"Ayah nak tengok faisal kahwin dan nak cicit"
....Aku tak sempat nak buat.

Itu sajalah penyesalanku,
Mac 2002, Ayah 'terbang' ke dunia baru,

Satu hari, bukanku tak mahu,
Satu hari, kukan kotakan impianmu.

Ayah, Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas rohmu.

Al-Fatihah

5 comments:

Anonymous said...

Simple tapi best...aku suka

Tuan "Tapai" Faisal said...

Thak you..thank you.. walau pon agak merapu.. tapi thank you..:)

Anonymous said...

(@_@)

Anonymous said...

was bloghopping..

love the way u put it into poetic words. honest.. and straight forward.. and in rhythm.

al-fatihah

Anonymous said...

;_; mumumu....... TT__TT