Monday, March 23, 2009

Mata Menyorot Ganas di Pelita

Aku rasa mata aku menyorot ganas. Tiba-tiba rasa nak maki orang. Girlfriend aku yang sexy sedang makan tandoori ayam. "Tak nak", jawapannya bila mamak Pelita ni cuba membuat 'push-selling' tandoori bersama cheese naan. Lahabau betul, nak untung aja mamak ni.

Sedap sangat ke tandoori ayam tu sampai dia buat tak tahu kat aku? Aku ada buat silap ke sampai dia bagi aku silent treatment? Deserve ke aku dengan keadaan ni? Aku, saudagar kaya yang empunya BMW 7 series. Walau pun kerja aku hari hari menipu orang, tapi still, duit halal. At least aku bayar Zakat.

Ya, walaupun aku baru kalah tender berharga 5 juta hari ni dengan syarikat anak ikan yang baru muncul, aku masih ingat agama. Aku tak salahkan tuhan.

Aku tahu. Aku kena buat sesuatu yang macho. Aku kena redeem kemachoan aku. Tapi aku kena cari target yang mudah.

"Hahahaha" Kedengaran suara sekumpulan budak muda.

"Anak ikan" fikirku. Aku jeling. Budak muda ni, ramai cina. Keliling, ramai melayu. Selamat.

"Hoi!!" Suaraku bergegar memecah kebingitan. Senyap. Sunyi.

"Tak reti respect ke! bising nak mampus. respect la sikit org keliling ni!"

"F*cuk you!". Wah, tercalar ego aku. Anak ikan ni berani membalas.

Aku bangun merapati meja mereka. Mata aku mula berapi. Sebenarnya agak chuak. Al-maklum la, mereka tu 8 orang. Aku sorang. Girlfriend aku pulak bukan reti berlawan. Baling pinggan biasa la. Tu belum kawin lagi tu.

"Ko tahu dak budak budak keliling ni tunggu masa jek". Aku menggunakan budak-budak melayu di keliling tu sebagai backup. Haha. Tau chuak. Semua tunduk. Haha, aku lah tuhan. Semua sembah aku sekarang.

ops. Bahaya tu, syirik.

Pelik. Sekor anak ikan tak tunduk. Dia senyum. Matanya memandang aku. Tak takut ke dia kat aku? Tak takut ke dia kena belasah kat sini dengan budak budak melayu? Aku tengok, muka dia paling melayu antara semua. Mata dia tak berkelip. Isyk. Tak logik. Biasa kalau aku buat macam ni, tak pernah ada yang berani tengok balik.

Ya, aku dah biasa buat havoc macam ni. Dekat Pelita ni je dah 7 kali. Mamak ni pon dah kenal aku. Ni belom lagi kat Seri Devi's, Tanjung, Kapitan, dan beberapa mamak yang aku tak ingat namanya sebab semua agak generic.

Itupun, berani lagi mamak kat sini nak push sell tandoori ayam dengan cheese naan kat girlfriend aku. Cis. Keju.

"Kau dari mana?", aku tanya. Mati akal aku. Kalau aku cakap "apa tengok tengok?". Kang gaduh kang.

"Subang"

"Ni Malaysia tau, jaga sikit. Respect kena jaga"

Shit. Bodoh nye retort aku tu. Sebab aku tengok dalam cermin, aku pakai baju Great Britain.

Dan skrip terakhir untuk org macho macam aku yang nak cari gaduh. Aku akhirkan lakonan aku ni dengan,

"Kau ingat eh muka aku ni. Ko ingat"

Macho nya aku. Hua hua hua.

(Dedicated to: Max, B.B, Azhar, Calvin, Pris, Sani, and another friend i couldn't remember the name)