Thursday, May 18, 2006

Umrah


2 hari lebih lagi, saya akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Makin dekat harinya, makin takut pulak jadinya. Mixed feeling, excited pun ada, chuak pon ada. Excited sebab dapat pijak tanah haram. Chuak, takut diri ni terlalu kotor dan terlalu banyak buat dosa dan tak layak. Rasa kerdil sangat.
Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap dari segi tutur bahasa dan juga perbuatan yang dahulu, sekarang, dan yang akan datang. Minta halal segala makan-minum. Sekiranya terjadi apa-apa, harap dapat halalkan hutang, mana yang ada.
Insya allah, saya akan bawa doa semua agar dimurahkan rezeki, dan selamat dunia dan akhirat disamping dipermudahkan segala urusan harian dengan adanya petunjuk daripada-NYA.

Kepada kawan-kawan, harap dapat doakan agar perjalanan pergi-balik selamat dan dipermudahkan segala urusan ibadat di sana, di samping Umrah yang mabrur.
Flight akan bertolak pada pukl 655 petang, ahad ni (21/5/2006). Semua jemaah akan berkumpul di KLIA pada pukul 330 di Kaunter K (Dekat pintu 7).
Jemaah ini akan pulang ke Malaysia pada 31 May 2006.
Wassalam.




Monday, May 15, 2006

Tadika Alpha


Hehe.. cari la budak yg paling cute.... Thanx Emi Eliza for this pic! nostalgic habis... Emi Eliza Elmira is 4th from the right, back row.

Oh, If you guys look carefully, for those yang kenal. Zorro/Zorlinda is oso in this pic. She is second from right, back row.

Oh.. how simple life was back then..:)

Thursday, May 11, 2006

Helang di Udara


Yesterday, when i got home from work, Umi and Papa were 'lepak'ing at the dining room. They were talking about stuff, and one was it was about how we are all amazed by Papa's ability to convince people to venture in his business.

"Senang je, atas udara ada Helang"

"Huh?" i said. "La.. ni lagiii" Umi remarked. Clearly they have had this conversation before.

"Tak pe la papa.. Helang kat Udara.. pas tu?"

"Dalam air ada Buaya, Dalam hutan ada singa"

"Ok". I was still trying to guess the meaning.

"Ye la, semua ada kelebihan. Kat Udara helang power, tapi power macamana pun, kalau jalan atas darat, anak rimau pun boleh baham"

"Masing-masing ada kelebihan, so guna la kelebihan"

"o0o0o0o0o"



Right, Umi and papa always have this good timing where they always come up with the answers that is lingering in my mind. More surprisingly is that i don't have to ask, it is always in between conversation or over a tv show.

At that point, i was actually thinking of why should we compare one individual to another. (Kes MAPS la ni).

I guess that is the 'hikmah' that god give to all parents.

Monday, May 08, 2006

Putus Rantai, Putus Suasa

Putus rantai,
Putus suasa,
Putus sungai,
Putus rasa,

Ikan nak terbang,
Basikal nak terbang,
Pelawak istana nakkan dayang,
Pencacai najis nakkan dayang,

Dari Ledang nak lompat ke Nuang,
Dari Bumi nak lompat ke Bulan,
Orang tua nak masuk olimpik,
Org muda konon ilmu tinggi,

Hang Tuah nakkan Sultan,
dan Cinta Si puteri,
Hang Jebat nakkan persahabatan,
Dan keadilan pada 'si mati',

Bola,
Baling ke dinding, terus hilang,
Baling ke langit,terus terbang,

Ribut Taufan, Banjir Kilat,
Gempa Bumi, Serata Selat,

Pokok yang tumbang,
Kereta yang rosak,
Hati yang bimbang,
Jernihkah Akhlak?

Putus rantai,
Putus suasa,
Putus sungai,
Putus rasa,

Jangan putus asa.

Thursday, May 04, 2006

Doctor yg Lalok

Bangun bangun pagi, terasa sakit dada dan sesak nafas yg hebat. Jadi teruskan la tidur sampai kol 1100 tengah hari. Bangun tu baru sedikit terbuka rongga dada. Terus pergi jumpa doktor.

Macam biasa, pergi doktor depan rumah, SS19. Doktor yg sama selama berbelas2 tahun ni.

"Apa Sakit?"

"Saya sesak nafas since 2 hari sudah, tapi pagi ni paling teruk coz tak boleh bernafas lansung"

"Pusing belakang, tarik nafas dalam-dalam"

Boleh rasa stetoskop gerak dari satu tempat, dari satu tempat yg lain. Atas-Kanan, Bawah-Kanan, Atas-Kiri, Tengah, Last-last skali dia stay kat satu tempat lama gila, belakang jantung. Aku dah chuak sebab jantung ni beb!

Sekali.. aku toleh belakang.. doktor tu tidor!! Demit! Aku pon berdehem kuat. Bunyi dalam stetoskop tu dah cukup kuat untuk kejutkan dia.

"oh.. oh.. Ok.. saya bagi you ubat batuk, selsema, dan buang kahak"

"Untuk apa doktor?"

"Untuk u punya sesak nafas la.. sebab selsema tu.. you makan itu ubat, kalau tak baik juga, i hantar you hospital"

Tak konfiden lansung.

"Satu lagi doktor, i ada sports injury dekat knee dan ankle, sudah satu tahun sakit, boleh doktor tengok?"

"Sports injury saya tak boleh tolong"

"Boleh tak doktor advice saya ke specialist? at least diorang boleh check?"

"Tak bolehhhhh... Sports injury saya tak boleh buat, org lain pon tak boleh ubatt"

Eik? Marah pulak dia. Dah la tidur. Tak konfiden.

Nasib baik bagi M.C.

Tuesday, May 02, 2006

Credits

Had a meeting with one of our customer's today. Normal monthly meeting to address operational issues. It was quite a normal meeting until it came to a part that discussed performances of O&M Data Units.
Quote:
With O&M Data PJ, there's no problem. Tuan Faisal has given tremendous effort to support us. I have no problem contacting him at any time, even at 3 a.m. in the morning. He has helped us a lot. - V*d* Operation Manager (customer)
For PJ area we don't have to worry because we have Tuan Faisal. We should duplicate more Tuan Faisal's around. - T* SRM AGM (superior in T*)
Lots of credits flying around during the meeting. But i could not help but acknowledge others in my unit. I told them, "you don't need to duplicate me". There are better 'me's around like Fairoz and Erly. Learnt a lot from them and forever in debt.
Guys, we all should get the credit that we deserve, though our Appraisal does not say so.
And lets not forget our staffs that are working their asses of everyday. Without them, we are nothing.

Monday, May 01, 2006

Huni di Hati (Ubat Penawar)

Hati Nurani
Terus Terhenti
Jiwa Melarat
(Jantung) Berdetup Kuat

Lenakah Tidur?
Pasti Berterabur
Kenyangkah Makan?
Tuhan Restukan
Basahkah Mandi?
Apa Nak Jadi

Mulut Terbuka,
Tak Keluar Apa-apa,
Minda Penuh,
Tersimpan Jenuh,

Diri tak punya ilmu,
Pastikan yang satu,
Benarkah dirimu,
Rusuk kiriku,

Kepala Bingung,
Cepat Tersinggung,
Tak perlu termenung,
Cari Cinta Agung,

Sudahkan Tertakluk,
Cinta sesama makhluk,
Sudahkan dipesan,
Di niat kerana tuhan,

Hati ini siapa yg huni,
Hanya Tuhan Maha Mengetahui,
Hati ini siapa yg huni,
Hanya Tuhan Layak Restui,

Pesan Diri,
Ingatkan Diri,
Nampakkan Tuhan,
Disebalik Insan,
Didepan Syariat,
Disebalik Hakikat,

Hati Nurani
Terus Terhenti
Jiwa Melarat
(Jantung) Berdetup Kuat