Tuesday, April 07, 2009

Osman Led Zeppelin

Osman tengok Oscar's di apartmen kawannya, Ozi.

Ozi bukan Nama betul, Nama sebenarnya Zul.

Semangat sungguh Osman, sanggup tidur di rumah Ozi sebab di rumahnya tak ada astro.

Oscar mula, yeay! Osman buat macam rumah sendiri dan baring atas kerusi panjang.

Suffian (housemate Zul), baru bangun tidur, dengan berkemban bertanya, eyh, tu bukan Robert Plant?

Aah, jawab keduanya, walaupon tak kenal, tapi berpandukan tanda nama pada kaca tv.

"Robert Plant ni lead singer Led Zeppelin kan?"

"Entah, agaknya kot", jawab keduanya.

Zul tengok pada Osman, Osman pakai baju Led Zeppelin.

Sungguh Malu.

Osman pura pura tengok Oscar's sambil baring atas kerusi panjang.