Sunday, February 06, 2011

Tapai dan Rokok

Nope, ini bukan adaptasi filem coffee and cigarettes oleh Jim Jarmusch ke dalam konteks masyarakat Malaysia.

Aku tak se intelligent itu.

Azam dan Zaiton, adik beradik yang power main bola. Derang ajak aku hisap rokok.

Oh, masa tu aku darjah lima. Lima Cempaka. Kalau buat dy/dx dua kali, untuk graph kenakalan vs masa, masa umor 11 tahun tu lah nilai maksimum. But of course masa tu aku tak tahu dy/dx lagi.

Anyways, sebab derang power main bola dan cool, aku ingat hisap rokok tu cool. (sorry Liyana Jasmay, iklan anti rokok kau tak keluar lagi masa tu).And of course aku pon follow. Biasanya port dekat padang depan 7-eleven tempat biasa main bola petang-petang. Rasa sangat adult masa hisap rokok.

Satu hari, untuk lebih adventure, kami cari port baru dan jumpa satu padang yang tinggi di USJ. Aku tak tahu padang tu ada lagi tak sekarang sebab aku tak ingat ada padang tinggi kat USJ dah. Cool nya dapat port baru.

Malangya kami tak tahu rumah Cikgu mazlan betul-betul dekat bawah padang yang tinggi tu.

Esoknya, 5 org kena panggil tengah-tengah kelas. Depan 4 Dahlia, sorang-sorang kena rotan. Aku tak ingat siapa cikgu yang rotan, tapi aku maafkan.

Tie Pengawas aku kena tarik, setahun kemudian baru boleh ambik.

Umi dan Papa kena panggil menghadap sekolah esoknya jumpa Guru Besar G. Jeyarahman.

Balik rumah, aku budget mesti kena rotan. Sebab dulu aku pernah curi RM seratus untuk beli mainan Ghostbuster, dan juga Kapal Captain Power. (Kan aku cakap, graph dy.dx kenakalan maksimum masa tu) dan balasannya agak fizikal (walaupon tak keterlaluan, jadi tak perlu report teledera).

Aku nyorok dalam bilik. Papa panggil turun bawah.

Mampus.

Aku turun. Umi dan Papa tenang duduk di ruang tamu. Aku termangu.

Umi Papa suruh aku duduk. Aku duduk. Ye lah. Berani nak lari?

Umi papa layan aku pelik. Tanya kenapa ini dan itu. Duduk bersemuka.
Aku dari budak terus ke dewasa.
Dan aku tak perlu rokok untuk itu.

(Mungkin tagline ini patut masuk dalam iklan, bukan liyana jasmay)

2 comments:

izamira said...

perggh, confession ape nih? hahaha...aku ingat gak pasal nih... whole standard 5 bising...

alaa, masa budak2 we tend to do stupid stuff yg memang xde logiknye. but experience tu mesti berharga sgt2.

Online Cheating said...

Just that is necessary.