Tuesday, November 28, 2006

Rumah aku ke ni?

Aku ada neighbour. Die juga landlord aku. Tapi aku tak suka landlord aku sebab hari hari, dia hantar anak die masuk halaman aku, lepas tu buat macam harta sendiri. Lepas tu die destroy sikit demi sikit, satu persatu. lepas tu buat tanah tu macam bapak die sendiri. Walaupon rumah ni die yg punya.. tapi tanah ni milik aku. Aku bayar sewa tiap tiap bulan.

Dulu tanah ni arwah atuk aku punya, tapi dah dekat seratus tahun, tukar milik. Aku sendiri tak tahu macamana.

Makin lama makin teruk. Tiang depan rumah die belasah. Dia ckp aku tak de permit. Walhal aku rasa, die yg tak boleh masuk rumah aku sebab aku dah bayar. Dah la aku bayar untuk tanah aku sendiri. Tertindas!

Buaian... takde permit katanya. Hancus
Anjung rumah .. takde permit. Hancus

Tiap tiap kali die hantar anak. Anak die bawak kereta. Depa kata ada jutawan bagi. dalam 6 tahun, dah ada 100 Billion dia bagi. 2/3 untuk beli kereta, helicopter, kapal terbang. Tak abes abes masuk rumah aku. Semua anak die bawak. Anak aku alan kaki jek. Kengkadang baru nak keluar rumah, dah kena tembak. Makin sikit anak aku. Bapak mana tak tahan?

Kalau setakat duit aku tak bimbang. Kalau nak dapat boleh.. Sedara Mara aku ramai. Satu benua ni ada. Tapi yg aku bimbang, Sedara mara aku sekor pon tak gheti nak tolong. Asal perut kenyang. Aku mmg tadek siapa nak tengok.

Anak aku ada yg semangat. Ada yg sanggup korban diri. Tapi korban bukan apa.. tak tahan dah semua idup tadek bumbung. Dah la tu.. abes sume harta nak rampas. Nak pindah tak boleh. Ni tanah pusaka. Tanah tumpah keturunan aku. Mana boleh jadi.

Tapi Landlord aku pandai.. die ada makcik Cinan. Mak Cinan ni pandai. Tak pernah landlord yg salah. Die bagi tau semua org yg sume salah anak aku. Anak aku yg mengganas. Anak aku yg pakai bom. Tapi yg dia dok tindas aku, satu pon tak pernah keluar.

Aku dengar anak die pon ada yg tak setuju dengan die. Siap buat protes. Pakai baju itam. Anak-anak die jalan sama ngan anak anak aku. Tapi Mak cik Cinan tak pernah sentuh. Ya lah.. tak align dengan ape yg die nak org percaya. Macik Bibac dulu ade jugak agi cerita benar. Anak Macik Bibac ade dtg rumah, tengok keadaan sebenar. Tapi tak sampai berapa bulan, anak mak cik bibac kene pindah. Dah habes harapan aku.

Aku bukan nak banyak. Aku nak rumah ni jadi umah aku. Aku nak tanah aku. Aku nak semua org dlm dunia tahu apa yg sebenarnyer. Aku tadek mana nak pergi. Aku tak de mana nak lari.

Rumah aku ke ni?

Kat sini aku berdiri.

Kat sini aku menanti.

Tunggu saja apa yg nak jadi.

Yang pasti aku di sini.

-Free Palestine-

2 comments:

afidalina said...

an intriguing and thought-provoking piece of writing..bravo!

adibah abdullah said...

assalamualaikum,

kali pertama kucing memijak laman ini, entri pertama yang dibaca cukup berbekas di hati.

perenggan satu dan dua masih berambiguiti, mulanya saya fikirkan ini satira malaysia dan singapura.

lanjut ke perenggan tiga, empat, lima dan seterusnya, ya saya mengerti, ini tempias amarah palestina yang tidak pernah menyepi, walaupun tidak lahir dari suara mereka, tetapi dilaungkan oleh saudara-saudara yang empati.

mohon izin link blog ini ke rumah maya saya

salam juang,
meow~