Thursday, November 18, 2010

Makcik

Kehadapan mak cik jaga tepi kain orang,
Saya seorang engineer dan bukan seorang ahli bahasa. Jadi saya akan menulis dalam point form.

No 1.
Sangat tak cool kalau tiba-tiba tepuk bahu saya depan orang ramai dan dengan kuatnya bertanya,"Bila nak kawen?"

No 2.
Lagi tak cool kalau jerit bagi satu kampung fakta fakta seperti:
a) girlfriend dah adakan? ni apa ni heret anak orang ke hulu ke hilir
b) tu cikgu tu single (sambil menunjuk ke arah insan kesian tersebut), boleh la tu, yang pakai spek tu. pandai masak, pandai ngajar, macam-macam panda
c) Umor ko dah 30 kan?
d) ada lagi fakta, tapi by this time telinga dah shut down secara automatis.

Makcik,
harap dapat focus untuk menyiapkan makanan dan menggulai daging korban kerana ramai yang menunggu untuk makan, dan bukan berceloteh.

Dan Gulai daging pon tawar.



------------
Kehadapan siblings yang duduk di tepi dan hanya mampu tergelak,
NO. 1
You are next

No 2.
Refer to point no 1.


Adoih.

4 comments:

fadh said...

hahahahhahahahha!! XD

eeee~ takutnyerrss eeeee

fadh said...

tanak cakap apa yang papa cakap? ;)

ZurratulAin said...

lawak la tapai!! tapi aku sgt memahami laa!! been there too!!

~Aina

Emi said...

haha scary... nasib bek tak duk msia...