Saturday, November 08, 2008

Review Kisah Gadis


Alhamdulillah. Received good reviews. Thank you all! And Keep it up!

Burger


Opsyen pertama.

Letak tray atas meja. Bukak balutan burger. ANgkat roti atas burger. Tengok sos cukup ke tidak. Ambik sos cili. Pastikan sos cili ke tomato. Tengok nak koyak sos kat mana. Koyak sos. 

Picit sos atas daging. Ke..nak letak atas roti? 

Ah..mana manalah.

Pegang burger dengan dua tangan. Ke.. dengan satu tangan dah cukop?. 

Ah.. apa apa je lah. 

Tilt burger 45 darjah dari garisan horizontal lantai atau meja untuk angle mudah masuk mulut. Siku pastikan belok untuk memastikan keanjalan pergerakan. 

Gerakkan burger ke arah mulut, jangan kalut. Dengan perjalanan satu garisan lurus, pastikan terus. 

Pastikan mulut terbuka dengan keluasan yang sepatutnya. 

Masukkan kedalam mulut, jangan kalut. Jaga, jangan terlalu dalam, terus tenggelam

Mengikut gerak hati dan citarasa, atau, rasa nak beradab yang macamana. 

Kalau beradab, 2 cm cukup. Kalau rasa tak da sebab, satu burger terus cekup.

Lebihan burger, letak balik ke ats meja. 

Ulang sampai burger itu habis.


Opsyen kedua
..
Apa kata kita makan jek. 

Bila pikir ni, benda mudah jadi susah.

Benda satu pun jadi seribu.



..

Mari baca manuskrip untuk gesek biola

Aku tanya, kenapa nak baca manuskrip ni susah sangat? 

Tauge tauge ni dah main banyak kali. Dari mukasurat ke mata, lepas tu ke otak. Kemudian baru tangan menggesek. 

Rasa macam perjalanan tu ...

...jauh

Cikgu aku cakap, senang saja, musik itu untuk didengar, bukan untuk dibaca.

Setiap bar ada cerita. Ada bentuk. Ada rupa. Ada improvisasi. Samada kita 'dengar' atau tidak, itu bezanya.

Aku main semula. Tauge yang mudah pun, rasa macam main dalam orkestra. 

D, E, F#, dan G

Sangat seronok.

Aku rasa banyak benda lain yang sama. Bukan setakat menggesek biola.

Sayang

Tak payah nak cakap aku sayang kamu
Tak payah nak dengar kata aku sayang dia

Hari hari terus berlari
Esok lusa terus berusaha

Kalau sayang..buat
Kalau cinta.. panjat

Fikiran itu perlu

Tapi jangan fikir sangat
Yang panas boleh hangat

Dari Papa pada yang papa (kedana)
Itu pesan Papa

Any Given Sunday.



Living is about that 6 inches in front of you.