Saturday, November 08, 2008

Mari baca manuskrip untuk gesek biola

Aku tanya, kenapa nak baca manuskrip ni susah sangat? 

Tauge tauge ni dah main banyak kali. Dari mukasurat ke mata, lepas tu ke otak. Kemudian baru tangan menggesek. 

Rasa macam perjalanan tu ...

...jauh

Cikgu aku cakap, senang saja, musik itu untuk didengar, bukan untuk dibaca.

Setiap bar ada cerita. Ada bentuk. Ada rupa. Ada improvisasi. Samada kita 'dengar' atau tidak, itu bezanya.

Aku main semula. Tauge yang mudah pun, rasa macam main dalam orkestra. 

D, E, F#, dan G

Sangat seronok.

Aku rasa banyak benda lain yang sama. Bukan setakat menggesek biola.