Thursday, May 04, 2006

Doctor yg Lalok

Bangun bangun pagi, terasa sakit dada dan sesak nafas yg hebat. Jadi teruskan la tidur sampai kol 1100 tengah hari. Bangun tu baru sedikit terbuka rongga dada. Terus pergi jumpa doktor.

Macam biasa, pergi doktor depan rumah, SS19. Doktor yg sama selama berbelas2 tahun ni.

"Apa Sakit?"

"Saya sesak nafas since 2 hari sudah, tapi pagi ni paling teruk coz tak boleh bernafas lansung"

"Pusing belakang, tarik nafas dalam-dalam"

Boleh rasa stetoskop gerak dari satu tempat, dari satu tempat yg lain. Atas-Kanan, Bawah-Kanan, Atas-Kiri, Tengah, Last-last skali dia stay kat satu tempat lama gila, belakang jantung. Aku dah chuak sebab jantung ni beb!

Sekali.. aku toleh belakang.. doktor tu tidor!! Demit! Aku pon berdehem kuat. Bunyi dalam stetoskop tu dah cukup kuat untuk kejutkan dia.

"oh.. oh.. Ok.. saya bagi you ubat batuk, selsema, dan buang kahak"

"Untuk apa doktor?"

"Untuk u punya sesak nafas la.. sebab selsema tu.. you makan itu ubat, kalau tak baik juga, i hantar you hospital"

Tak konfiden lansung.

"Satu lagi doktor, i ada sports injury dekat knee dan ankle, sudah satu tahun sakit, boleh doktor tengok?"

"Sports injury saya tak boleh tolong"

"Boleh tak doktor advice saya ke specialist? at least diorang boleh check?"

"Tak bolehhhhh... Sports injury saya tak boleh buat, org lain pon tak boleh ubatt"

Eik? Marah pulak dia. Dah la tidur. Tak konfiden.

Nasib baik bagi M.C.

7 comments:

yatipruzz said...

hampehnyer doc tu tapai..nak refer pon maleh ish

myjulieyana said...

betol ke tu doktor?

robotix said...

how come he's been ur doctor 'selama berbelas tahun ni'?

eLLe said...

weh tapai..ni doc SS19 yang mane nih?? kite pon pepehal p SS19 gak yg 24hours tu..tp die ok je..ni doc mane satu ni, cuak laks..hehe..

ragsy937 said...

hehe.. tah la arib, dulu ok.. sejak akhir akhir ni plak... demam kot doktor nie.

Aah shelley .poliklinik yg 24 jam tu. doktor yg gemuk, bukan yg kurus.

linbewie said...

Wakakaka...nampak sangat ko nih amatlah membosankan sampai doktor ko bleh tertido masa tgh cek ko...

ninikuun said...

y so sucky wan ur doctor ><;; go somewhere else la dey