Sunday, January 11, 2009

Makhluk

Ada org pesan, nak cinta dengan makhluk boleh, tapi jangan resah gelisah sebab makhluk.

Sebab makhluk tetap makhluk. Cinta tetap tuhan yang punya.

Buat dosa.. boleh ampun. Tapi Dosa yang tak boleh ampun, ialah bila makhluk ingat dia tuhan.

Ingat boleh makan sebab nak makan

Ingat boleh tidur sebab nak tidur

Ingat boleh sembahyang sebab nak sembahyang

Siapa yang empunya gerak semua tu?

Sahaja aku solat isya' empat rakaat kerana Allah Taala

ke

Kerana Allah Taala lah aku solat isya' empat rakaat.

Ada beza ke?

Ada beza ke?

1 comment:

afidalina said...

waaa bes2. boleh buat lagu aa..