Monday, March 27, 2006

Drama swasta

Drama swasta

Mesti ada cinta terlarang,
Mesti ada cewek yang curang,

Mesti ada lelaki,
yang bergantung pada yang tak pasti,
Tapi tetap memberanikan diri,
Kerana empunya belum tentu sudi,

Pasti ada 'scene' di restoran,
Duduk keduanya berhadapan,
Segelas 'fresh orange' buat membasahi,
Berpayung dan oren potong disangkut di sisi,

Berduaan,
Keduanya melayan perasaan,

lari ke tempat sejuk dan tinggi,
saat yang indah amat diingini,
Walau sementara tetap dikecapi,
Kenangan sentiasa lekat di hati,

Langit gelap malam mendatang,
Lantas terus Keduanya terbang,
Walau di bumi tapi bak kayangan,
sebijik menjadi bak angan-angan,

Bak cinderella keduanya,
Pukul dua belas sudahpun tiba,
Satu hari bak satu saat,
tiba masa untuk berangkat,

masa amat cemburukan kita,
Habis sudah gurau dan tawa,
Panggilan telefon suaranya umi,
Masa untuk berpijak ke bumi,

Pengakhiran pasti tragis,
Adam dan hawa Terus menangis,

Kasih dan sayang kita beri,
Balasan cinta tuhan miliki,

Mati mungkin,
Terpisah mungkin,

Hanya tuhan, empunya kuasa,
Pilihan Dramaku sampai hujungnya.

2 comments:

Anonymous said...

Ni ko tgh prektis utk nak dapatkan RM300 sekali submit ke?

Anonymous said...

ko nak jadik rodek ker tapai??

-mama-