Saturday, April 01, 2006

Persatuan

Persatuan
Per-satu-an
satu-an
satu

Persatuan ini menyatukan apa?
Persatuan ini menyatukan hati
Tak bersatu! kemanakah kita?
Tak bersatu! tersembam sembah bumi

Asas, Jatuh, Potong, dan Tamat,
Sama muafakat hati tertambat,
Baru bersama mendapat nikmat,
Lazat dikecap dunia akhirat,

Asas, Jatuh, Potong dan Tamat,
Perjuangan bukan fokusi diri,
Bukan diri yang hebat sangat,
Yang penting majunya persatuan ini,

Asas, Jatuh, Potong dan Tamat,
Kita bukan sendiri-sendiri,
Guru sama dioleh berkat,
Semuakan sama, Semuakan ahli?

Samalah kita, maju jaya,
Gerak ke depan, itulah usaha
Tepuk dada, tanya selera,
Masa depan, dimanakah kita?

Tanyakan diri dimana mulanya?
Persatuan berjaya, apa rahsianya?
Segerak, selangkah, seirama, senada,
Satu hati, gerak pertama.

*Kutulis ini ilham dalam kereta menuju ke praktis silat dan juga diilhamkan oleh sahabat silat yang amat pentingkan ukhuwah di kalangan ahli.

1 comment:

adibahabdullah said...

salam..

gayong bercantum bersatu padu
mengingat Junjungan empunya seru

hehe. kite anak gayong, tp xkesah, mcm kureng je org2 yg bergaduh sesama silat tu nk tunjuk sape hebat.. huhu..

tp rindu la, kt sini mana ada org bersilat lagi? ilmu pun rs mcm pisau lama tak pakai, dh tumpul.. jangan la xlame lagi berkarat

meow~