Wednesday, January 24, 2007

Burung

Aku ada kawan. Satu hari, dia duduk termenung di tepi tingkap. Muka makin serious. Ternyata kepala sedang memikirkan sesuatu. Mengunyah cornflakes sarapan pagi. Makin hilang dirinya dari dunia.

"Kenapa?", aku bertanya.

"Jadi burung nak?", sahutnya.

"Kejadah nak jadi burung?"

"Aku rasa aku takda tujuan hidupla, bohsan, sangap.. tahu dak sangap?"

"Aeknaaaa.. ingat kenapa laa nak jadi burung.. Rilek la brader, banyak lagi benda ko buleh buat. Poyo sangat ko ni.. ingat masalah negara apa laaa tadi.."

Hari tu aku gelakkan dia. Hari ni baru aku faham, apa maksud member aku. Hari ini aku tiba-tiba rasa nak jadi burung. Tiba-tiba rasa tak ada tujuan.

Kenapa?

Sebab aku dah habes exam.. yeay!! merdekaaaa.. merdekaaaa.. merdekaaa!

Terbang bebas jom!

1 comment:

Euphoria said...

Tapai, since kau same case dgn aku la kan (unpaid leave), nak tanya..

1. Ko dah tebus belum ESOS? Leh ke suruh org lain tebuskan?

2. Ko buat x maps utk 2006? Patutnya bonus kena prorate la kan?

Hehe, syoknya jadi burung..nak terbang gi dublin la.